26 Oktober 2016 - 18:04
ISIS Bakar Kilang Sulfur.

Ratusan orang dilaporkan mengalami masalah pernafasan di Mosul kerana terhidu gas beracun. Pelepasan gas tersebut terjadi selepas kumpulan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan membakar sebuah kilang sulfur pada Khamis lepas sebelum meninggalkan kawasan tersebut.

Agensi Berita AHlul Bait (ABNA24) - Ratusan orang dilaporkan mengalami masalah pernafasan di Mosul kerana terhidu gas beracun. Pelepasan gas tersebut terjadi selepas kumpulan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan membakar sebuah kilang sulfur pada Khamis lepas sebelum meninggalkan kawasan tersebut.

The Telegraph melaporkan bahawa gas-gas yang beracun itu membentuk awan bertoksik yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrogen sulfida. Kedua-duanya kemudian bergabung dengan asap yang dibebaskan daripada pembakaran telaga minyak untuk membentuk sebuah ramuan berbahaya bagi mereka yang menghidunya tanpa bantuan topeng pernafasan.

Pembantu pengurus pejabat kesihatan di wilayah Nineveh, Layth Hababa berkata di dalam sebuah sidang akhbar bahawa pusat kesihatan di Qayyarah telah menerima seramai 100 individu yang mengalami masalah pernafasan akibat gas tersebut. Menurut beliau, mangsa termasuk wanita mengandung dan kanak-kanak. Tiada laporan kematian dicatatkan berikutan bencana ini.

Pasukan tentera Iraq pada minggu lepas telah berjaya merampas kembali kilag sulfur Mishraq. Akan tetapi, para pengganas Takfiri berjaya membakarnya sebelum lari meninggalkan kawasan tersebut.